Wednesday 30 November 2011

Antara Realiti dan Fantasi

Apabila kita lihat dalam banyak drama atau filem...seorang insan yang bergelar pelakon dapat memainkan pelbagai watak tidak kira watak sedih, jahat, antagonis, cacat dan sebagainya..tetapi apabila direnungkan adakah kehidupan realiti mereka sebegitu...dalam drama, dialah yang paling kaya, ada rumah bertingkat-tingkat..tetapi realiti betul ke rumah mereka camtu...??

  Itulah mainan dunia sekarang..setiap apa yang diidamkan adalah sukar untuk dicapai kerana pelbagai kekangan sebaliknya hanya bertawakal sahaja kepada Allah dengan apa usaha yang kita lakukan..Tapi bukan itu yang nak dikongsikan...

   Sewaktu berada di Country Home Rawang, aQ terkejut melihat sepasang suami isteri mengajar anak mereka yang baru berusia 8 tahun bagaimana nak key in data untuk kemasukan stok kat kedai hardware mereka..bagi aQ seusia ini memang terlalu awal dan fikiran masih lagi di peringkat budak-budak..tapi inilah keistimewaan daripada kaum lain yang patut ditiru untuk meningkatkan masa depan kaum kita..

   Kalau nak diikutkan kanak2 seusia tu sekarang konpem tiba masa cuti jek PS jadi mangsa...tapi itulah istimewanya diorang...kita sebagai umat Islam kena sedar darah daging yang mengalir dalam diri kita ini adalah darah usahawan...sejak dari zaman Nabi Muhammad SAW lagi perniagaan telah berlaku..

   Renung-renungkan lah wahai anak muda..janganlah kamu leka dengan hasutan dunia..